BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 2 June 2011

NUR




Aku bersyukur kerana setelah 20 tahun aku hidup di dunia ini, telah terbuka pintu hatiku untuk memakai tudung..Aku memilih tarikh 28.05.2011 iaitu sebulan setelah Adam pergi mengadap Yang Esa..Aku begitu gembira dengan perubahan diriku ini semoga ALLAH memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang ISLAM bukan sekadar pada nama..Hanya dengan cara ini aku dapat merasakan ketenangan yang selama ini aku cari..Adam pasti gembira sekiranya dia masih di dunia ini kerana itulah hasrat terakhir iaitu melihatku bertudung..Abg, zana rindukan abg dan zana lakukan semua ni bukan kerana hasrat abg tapi zana lakukan dengan kerelaan hati zana..Abg doakan yang terbaik buat zana..Zana sayangkan abg selamanya seperti mana abg sayangkan zana hingga hujung nyawa..YA ALLAH engkau bantulah aku untuk kembali ke jalan yang diredhai-MU..Begitu banyak benda yang aku perlu pelajari dan aku memerlukan bantuan-MU..Aku seorang yang jahil dengan ilmu agama tetapi aku tidak pernah menyerahkan maruah diriku yang selama ini aku pelihara..Aku harap ia akan kekal YA ALLAH hanya engkau yang mampu membantu aku untuk memeliharanya..Terima kasih YA ALLAH kerana engkau menyuluh cahaya didalam hidupku..InsyaALLAH aku tidak akan mensia-siakan peluang yang engkau beri kepadaku..Aminn..

0 comments: