BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 7 June 2011

HIDUP IBARAT RODA

Janganlah kita terlalu leka dgn kemewahan dunia yang hanya sementara..Kita sepatutnya bersyukur dgn apa yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita dan bukanlah untuk bermegah-megah sehingga menghina org lain..Dunia ini ibarat roda kadang kala diatas kadang kala di bawah jadi kita perlulah berhati-hati supaya hidup kita selalu bahagia..Aku sedar diriku bukanlah cantik seperti wanita2 lain tetapi aku punya perasaan..Susah sgt ke org nak jaga hati aku ini yang terlalu mudah tergores sejak kebelakangan ini??Aku bukannya disembah cuma aku harap sgt org disekelilingku dpt menyuntik semangat baru didalam diriku selepas apa yang telah terjadi kepada diriku ini..Mungkin ada yang berpendapat aku hanya inginkan simpati tetapi hakikatnya kata2 seseorang itu amat memedihkan terutama org yang rapat dgn kita..Adakah aku x layak untuk mana2 lelaki??Sekiranya jawapan adalah ya janganlah terlalu berterus terang dgnku..Aku tidak pernah mengharap aku akan dapat lelaki yang sempurna cuma aku berdoa agar tuhan memberikan aku seorang suami yang ikhlas menerima dan menyanyangi diri ini dan juga seorang suami yang soleh agar beliau dapat membimbing diriku yang jahil dengan ilmu agama..Kepada sesiapa yang terlepas cakap aku telah memaafkan dirinya cuma berhati-hati sebelum berkata-kata agar tiada yang tersinggung..Aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai keinginan seperti org lain..

0 comments: