BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 14 July 2014

Tragedi 13 Ramadhan

Apa yang kita rancang tak semestinya berjalan lancar..hari yang tak pernah ana lupakan adalah 13 ramadhan (11/7/14) hari ana terlibat dalam kemalangan..ni adalah kali pertama ana terlibat dalam kemalangan semenjak ana drive..benda yang tak dijangka telah berlaku dan ana rasa sgt2 bersyukur kerana ALLAH telah memberikan ana peluang kedua untuk terus bernafas di dunia ni..peluang untuk memperbaiki segala kekurangan dan juga kesilapan yang lalu..supaya ana sedar dari segala kelalaian..kemalangan yang hanya melibatkan ana seorang yang hampir2 meragut nyawa..ana berada dalam keadaan sedar dan lihat segala yg berlaku semasa kejadian..dan ia membuatkan ana sedar betapa nikmatnya pemberian ALLAH terhadap ana selama ini.. apa yang berlaku akan dijadikan iktibar InsyaALLAH

kereta terbabas ke dalam longkang dan terbalik.


cermin belakang pecah yang menyelamatkan ana daripada terperangkap

keadaan sisi kereta sebelah pemandu yang remuk disebabkan hentakan kuat

bahagian hadapan kereta yang turut remuk

alhamdulillah walaupun keadaan kereta agak teruk tapi ana mendapat lindungan daripada ALLAH SWT kerana ana selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius..hanya mengalami lebam2 dan juga seliuh.. Ya ALLAH kau lindungi lah hambamu ini sepanjang masa..