BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 24 November 2012

lirik lagu teman pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


adam dan hawa


ain hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk menyebabkan dia dan adam mukhriz terjerat. rayuannya tidak dipedulikan. adam pula diam membisu, seolah-olah apa yang berlaku itu benar. akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi....

siapa yang layan cerita ni kat astro cuba bagi komen sikit :)

after a long time

Da lama gler x update blog..hurm busy mengalahkan YB skang nie huhu.. rindu sgt nak wat luahan perasaan tapi masa x mengizinkan..sedar x sedar aku da pon menjadi senior di UMS.. macam x caye pon ade gak..cepat je masa berlalu kan.. umur pon semakin meningkat la jawabnya..and macam2 pengalaman aku dpt sepanjang aku kat sabah ni ^^


perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012:
  • aku kehilangan satu-satunya datuk yang aku sayangi pada 19 januari 2012
  • aku kehilangan seorang lagi sahabat pada 9 mac 2012
  • aku dapat anak saudara yang sulung pada 25 may 2012 yang diberi nama keisha damiya
  • alhamdulillah keputusan peperiksaan sem 2 aku meningkat 
  • family camp di odec yang penuh rintangan pada malam terakhir 
  • kenangan terindah bersama en. adul semasa field trip inventory di crocker range pada 31 okt-4 nov 2012
macam2 la yang berlaku dalam tahun ni..ada yang manis dan ada juga yang pahit.. tapi hidup perlu diteruskan .. araimaiti!!!

 keisha damiya bt mohd firdaus

 family camp group 14 (foresta) and en. adul


gambar kenangan field trip inventory di crocker range


suasana pagi di crocker range