BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 23 November 2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)



ana betol2 mengagumi adik ahmad ammar semoga video ini memberi inspirasi buat anak2 muda termasuklah diri ana sendiri.. Al-fatihah

Believe It Or Not

percaya atau tidak org yg dianggap sahabat telah mengkhianati diri ini.. kalau dulu ana masih boleh bersabar dgn sikapnya tp sekarang tak lagi.. dia telah buat ana betol2 marah dan hilang kesabaran.. kalau dia baca apa yg ana tulis ni ana harap dia sedar akan kesilapan dia.. memang ana tak sempurna tp ana jaga n syg dia mcm adik ana sendiri.. susah senang kami harungi bersama2.. tp semuanya hanya sementara.. ana maafkan segala yg dia lakukan dekat ana tapi untuk melupakan sejarah yg berlaku pasti sukar.. sampai mati ana akan igt apa yg berlaku terhadap diri ana dan juga family ana.. kalau tak puas hati sekalipun tak perlu la melibatkan keluarga.. serius ana rasa dia n keluarga dia sama je suka nak salahkan org tapi kesalahan diri sendiri dorg tak nampak.. ana kesal benda ni berlaku dalam rumah ana sendiri.. pesanan buat 'dia' yg telah mengkhianati ana: lain kali sebelum kita buat sesuatu keputusan fikir la kesan masa hadapan dan jgn titiskan air mata semata2 inginkan simpati tetapi hakikatnya kita tak mau berubah..

New sweetheart a.k.a Macbook Pro

seronoknya hati bila abah n mak hadiah kan lappy baru.. kali ni demand lebih nak apple macbook pro kalau dulu sony hehe.. tq abah n mak kerana melayan karenah anakmu ni


Tuesday 19 February 2013

Kenapa??

Kenapa ana letak nama blog ni UNEXPECTED LIFE?? Nak tau sebab apa? Sebab apa yang terjadi dalam kehidupan kita semuanya x dijangka.. Dalam hidup ana mcm2 benda yg x dijangka berlaku.. Sebagai contoh ana dapat further study kat UMS (Sabah) walaupon ana ni homesick yg teramat.. Then ana x pernah terfikir ana akan ceburi bidang yg ana ambil sekarang sebab keadaan kesihatan yg x begitu mengizinkan ana utk melakukan aktiviti lasak.. Apa lagi ek benda yg ana x jangka akan berlaku? Hurm mesti ramai yg dah tau yg ana x jangka ana akan berkenalan dgn seorang kaum adam yg begitu ikhlas dgn diri ana walaupon semua tu x kekal sampai hujung nyawa ana tapi ana tetap bersyukur ana pernah mengenali lelaki yg bernama Adam Muszaphar.. Pemergiaan dia disaat ana memerlukan pon boley dikira unexpected kan.. Tapi takdir da tertulis yg dia bukan milik ana selamanya.. Kalau dihitungkan memang terlalu byk benda yg kita x jangka dalam hidup kita ni.. Bak kata pepatah melayu "Manusia hanya merancang, ALLAH SWT yg menentukan." Semuanya da tertulis buat kita cuma kita perlu berusaha dan yakin dgn ketentuanNYA.. Ana harap sgt suatu hari nanti ana akan bertemu dgn lelaki merangkap imam dalam kehidupan ana yang dapat menerima ana seadanya dan akan membimbing ana menjadi seorang isteri yg solehah dan ibu mithali.. Kwn2 doakan ana ye.. Doa adalah penawar segala2nya dalam hidup umat Islam.. Itu lah sebahagian cerita kenapa ana namakan blog ni UNEXPECTED LIFE..

Spoon - Rindu Serindu Rindunya (With Lyric)



rindu??
huuu...teringat kat family dan semua kenangan2 bersama si dia :'(

Panduan Ibu Mengandung [Perkembangan Fetus]

1st Month:
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2nd Month:
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput.

3rd Month:
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4th Month:

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.


5th Month:
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.


6th Month:
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.


7th Month:
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8th Month:
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9th Month:
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.


Perkembangan Fetus Mengikut Minggu


Monday 18 February 2013

Jodoh [trailer]

sinopsis rindu bertamu di abu dhabi



drama rindu bertamu di abu dhabi ini menggantikan drama di slot akasia tv3 setia hujung nyawa. drama bersiri 28 episod terbitan zael productions yang diarahkan oleh mazri mustafa dan dibintangi oleh fahrin ahmad (firdaus), dato' rahim razali (hj. ilham), tasha shila (ain farohah), fauziah gous (fatin), aiman hakim ridza (fareez), lidyawati (hajah kirana), shahrizal jaszle (faiz) dan ramai lagi..

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan meninggalkan keluarganya.

Kini, Firdaus mempunyai sebuah kerjaya yang boleh dibanggakan di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah (Tasha Shila) dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.

Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.

Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri dalam bilik. Lantaran itu, Haji Ilham telah menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengungkit tentangnya. Ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus berasa dia patut bertanggungjawab atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin.

Firdaus telah menikahi Ain Farohah dalam keadaan yang amat sederhana. Semuanya diatur secara senyap-senyap oleh Hajah Kirana yang percaya dan yakin anaknya tidak bersalah. Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza).

Walaupun sudah 5 tahun, nama Firdaus masih menjadi larangan dalam keluarga Haji Ilham. Hajah Kirana dan neneknya, Mak Piah (Kismah Johar) tidak dapat menahan rindu terhadap Firdaus. Mereka hanya menaruh harapan bahawa satu hari nanti hati Haji Ilham akan lembut dan menerima semula Firdaus.

Faiz pula berasa puas hati dengan keadaan sekarang kerana kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris yang patut mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham.

Apabila Mak Piah jatuh sakit dan keadaannya semakin tenat, Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.

Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat itu. Apakah kebenaran akan terbongkar dan Firdaus diterima semula oleh Haji Ilham? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Firdaus, Ain dan Fatin?

Tuesday 8 January 2013

salam semua aaron aziz ft sleeq


[Chorus]
Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Oh oh
Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya dimana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku

Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa tugas cari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janji mu untuk sedia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada Papa ada tolong jagakan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

[Ulang chorus]

Kan ku tinggalkan semuanya keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah sokongan saudara memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan mencoba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang Melayu

Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan
keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana

[Ulang chorus 2x]


p/s: sweet sgt lagu nie :)

for him




Exam, Exam, Exam!!!

perkataan ni membuatkan pelajar2 jadi gila.. biarpon bukan kali pertama ana menduduki peperiksaan yang penting tapi setiap kali tu juga la hati ana ni jadi tak tenang.. orang kata "ala kalau da study buat apa nak risau. yang x study je selalunya risau" tapi ana ni study ke x study ke kalut tetap kalut.. ni da masuk sem 3 ana dekat ums.. da jadi senior da pon tapi nak dijadikan cerita 1st day ana exam (3 jan 2013) ana da buat benda yang memalukan.. ni semua pasal ana gelabah sgt pg tu housemate@coursemate ana da pesan jgn gelabah sgt tapi ana still gak x dpt nak kawal perasaan.. ana mmg macam tu 1st day mmg akan gelabah tahap gaban.. berbalik kepada cerita tadi, dalam 1 exam hall tu ada byk kos so kami da disediakan tempat mengikut subjek masing2.. maybe akak pengawas tu nampak ana ni kalut semacam kot, dia pon tanya kat ana "kamu amik subjek sains kayu kan?" tetiba ana jawab "hah ni subjek sains kayu ke!!". akak tu pon igt ana da salah masuk exam hall.. dia kata lagi kata ana "apa kata kamu check slip exam kamu.." ana pon cpt2 la check kan mana la tau ana betul2 salah masuk exam hall.. bila da check tetiba muka rasa panas gler haha sebab terlebih malu kot.. ada ke patut ana lupa ana nak amik exam subjek apa.. rasa macam nak lari je dr exam hall tu sbb xtau nak letak muka kat mana.. huhuhu.. hari ni boleh lak jumpa akak pengawas yg sama lagi.. igt dia x cam muka ana, boleh lak dia tegur "eh kita jumpa lagi, kamu yang amik subjek sains kayu ari tu kan?" (nada dan senyuman perli).. akak jgn la tegur saya macam tu, saya baru je nak lupakan kenangan manis (memalukan) tu..


alhamdulillah da selesai 4 paper tinggal lagi 3 paper je then YAHOO!!!! x sabarnya nak balik rumah, ye la x penah rasa ada adik kan so bila dapat anak buah rasa macam seronok gler.. da la ana mmg suka dgn budak2.. exam cepatla berlalu ana da x larat terlalu exhausted (mantal n physical).. sem 3 yg begitu mencabar buat kami pelajar School of International Forestry (SITF) batch 2011.. moga dipermudahkan segalanya bagi kami..