BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 13 May 2011

NEW EXPERIENCE

Masih kuat di ingatan ini kali pertama aku mendapat tawaran belajar di kepala batas, pulau pinang..Pada awalnya alu begitu teruja mendapat berita tersebut sehinggakan aku sanggup membatalkan rancangan untuk ke london bersama kedua org tuaku bagi menyambut hari jadi ibuku disana..Mula2 aku masih dapat menyesuaikan diri disana kerana ketika itu ibu dan ayahku berada jauh dikota london..Aku terpaksa belajar untuk berdikari kerana tidak mahu menyusahkan kakak2ku yg berada di kl..Tapi semua itu tidak bertahan lama sehinggalah ibu dan ayahku pulang semula ke malaysia setelah hampir sebulan dikota london..Ketika itu aku memohon keizinan drpd ayahku untuk pulang ke kl bg berjumpa dgn mereka..Pada asalnya ayahku begitu keberatan untuk melepaskanku pulang bersendirian tetapi setelah puas aku memujuk akhirnya ayahku akur dgn kedegilanku tapi dia meletakkan syarat iaitu aku tidak dibenarkan menaiki pengangkutan lain selain drp flight..Syarat itu lebih membahagiakanku..Siapa yg mahu memenatkan badan menaiki bas yg mengambil masa lebi kurang 6 jam ke kl jika dibandingkan dgn flight yg hanya mengambil masa selama 50 minit sahaja..Sejak itulah aku merasakan yg aku tidak lagi sanggup untuk hidup berjauhan dengan keluargaku..Aku meminta supaya ayahku memindahkan aku ke kolej swasta di kl dan ayahku setuju dgn permintaanku..Tidakku sangka aku mendapat tawaran untuk memasuki kolej matrikulasi tapi kolej tersebut juga terletak di kepala batas..Mungkin sudah ditakdirkan untuk aku berada disana..Pada minggu orientasi aku tidak memberi sepunuh perhatian kerana ketika itu aku masih lagi memberontak disebabkan aku kena terus berada disana..Tapi apakan daya aku kena terus menjalani hidup demi masa depanku..Waktu itu org yg byk memberi aku sokongan adalah nama yg sentiasa berada dihati ini iaitu ADAM MUSZAPHAR yg aku sayangi..Akhirnya aku berjaya mengharungi hari2 yg perit..Dan akhirnya aku bahagia berada disana selama 2 tahun..Alhamdulillah

0 comments: